![]() |
| 27/5/2012 |
NeVer cARe 4 WhAt tHeY SaY... nEvER CaRe 4 gAMes TheY PLay... NevER CAre 4 WHaT THey dO... neVER caRE 4 whAT ThEY kNOw... CoZ i eNJoy MysELf ThIs WAy..
Friday, April 20, 2012
Monday, April 16, 2012
EVIDENS B5D5E1
BAB 5: UDARA DI SEKELILING KITA
UNIT 5.3: OKSIGEN DIPERLUKAN UNTUK RESPIRASI
Hasil Pembelajaran: 1) Menyatakan tenaga, karbon dioksida dan wap air adalah
hasil respirasi.
2) Menghubungkait benda hidup menggunakan oksigen dan
membebaskan karbon dioksida semasa respirasi.
Aktiviti: 1) Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan semasa respirasi, benda
hidup:
i) menggunakan oksigen.
ii) membebaskan karbon dioksida.
EVIDENS B5D5E1:
AKTIVITI A:
Bahan: Seekor cengkerik, biji benih kacang hijau, cecair berwarna merah, kapas
yang direndam dalam larutan natrium hidroksida.
Radas: Tabung didih, gabus, kasa dawai.
Arahan:
1. Anda diberikan bahan dan radas yang sesuai untuk membuktikan bahawa oksigen dibebaskan semasa respirasi.
2. Rancang bagaimana hal ini boleh dilakukan. Pasangkan radas eksperimen tersebut.
3. Rekodkan semua pemerhatian dalam jadual yang anda sediakan.
4. Tuliskan laporan untuk eksperimen ini.
Laporan Eksperimen:
Tujuan:
Mengkaji gas yang digunakan semasa respirasi.
Penyataan Masalah:
Apakah gas yang digunakan semasa respirasi?
Hipotesis:
Hidupan menggunakan oksigen semasa respirasi.
Pembolehubah
(a) yang dimanipulasikan : …………………………………………..
(b) yang bergerakbalas : …………………………………………..
(c) yang dimalarkan : …………………………………………..
Bahan:
Seekor cengkerik, biji benih kacang hijau, cecair berwarna merah, kapas yang direndam dalam larutan natrium hidroksida.
Radas:
Tabung didih, gabus, tiub kapilari, kasa dawai.
Prosedur:
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
2. Biarkan tabung-tabung didih itu secara mengufuk selama 3 jam.
3. Catat perubahan pergerakan titisan air berwarna itu di dalam jadual yang disediakan.
Pemerhatian:
| Tabung didih | Pemerhatian pada pergerakan titisan air berwarna |
| A (ada cengkerik) | |
| B (tiada cengkerik) | |
Analisis:
1. Apakah fungsi larutan natrium hidroksida dalam eksperimen ini?
………………………………....................................
2. Tabung didih yang manakah berubah kedudukan penunjuknya selepas 3 jam?
…………………………...........................................
3. Mengapakah titisan air berwarna bergerak ke arah tabung didih?
Gas ………..….….............. disedut oleh cengkerik. Cengkerik membebaskan gas
……………………..………… . Ianya akan diserap oleh larutan natrium hidroksida
pada kapas. Ini menyebabkan tekanan udara dalam tabung didih A menjadi lebih
( rendah / tinggi ) . Tekanan udara di luar lebih ( rendah / tinggi ) akan menolak
cecair berwarna ( mendekati / menjauhi ) tabung didih.
Kesimpulan:
1. Adakah hipotesis yang dibuat diterima atau ditolak?
………………………
2. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?
Benda hidup menggunakan ……………………… semasa respirasi.
AKTIVITI B:
Bahan: Seekor cengkerik, biji kacang hijau yang sedang bercambah.
Radas: Tabung didih, penunjuk bikarbonat, kertas kobalt klorida kontang,
termometer, gabus, kasa dawai.
Arahan:
1. Anda diberikan bahan dan radas yang sesuai untuk membuktikan bahawa oksigen dibebaskan semasa respirasi.
2. Rancang bagaimana hal ini boleh dilakukan. Pasangkan radas eksperimen tersebut.
3. Rekodkan semua pemerhatian dalam jadual yang anda sediakan.
4. Tuliskan laporan untuk eksperimen ini.
Laporan Eksperimen:
Tujuan:
Mengkaji gas yang dibebaskan semasa respirasi.
Penyataan Masalah:
Apakah gas yang dibebaskan semasa respirasi?
Hipotesis:
Hidupan membebaskan gas karbon dioksida semasa respirasi.
Pembolehubah
(a) yang dimanipulasikan : ………………………………………..
(b) yang bergerak balas : ………………………………………..
(c) yang dimalarkan : ………………………………………..
Bahan:
Cengkerik, kacang hijau yang sedang bercambah.
Radas:
Tabung didih, kasa dawai, gabus, penunjuk bikarbonat, kertas kobalt klorida kontang, termometer.
Prosedur:
1. Sediakan radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Labelkan tabung didih dengan A, B dan C.
2. Biarkan kesemua radas selama 3 jam.
3. Catat perubahan warna penunjuk bikarbonat dalam jadual yang disediakan.
Keputusan:
| Tabung didih | Warna penunjuk bikarbonat | Warna kertas kobalt klorida kontang | Perubahan bacaan termometer | |||
| Awal eksperimen | Akhir eksperimen | Awal eksperimen | Akhir eksperimen | Awal eksperimen | Akhir eksperimen | |
| A | | | | | | |
| B | | | | | | |
| C | | | | | | |
Analisis:
1. Apakah kegunaan penunjuk bikarbonat?
Menunjukkan kehadiran gas …………………………….. .
2. Apakah kegunaan termometer?
Mengesan perubahan ..……………
3. Apakah kegunaan kertas kobalt klorida?
Mengesan kehadiran ..…………….
4. Tabung didih yang manakah terdapat perubahan warna penunjuk bikarbonat?
…………………………….
5. Terangkan perubahan warna penunjuk bikarbonat dalam tabung didih tersebut.
Cengkerik dan kacang hijau yang bercambah adalah benda hidup yang
membebaskan gas ……………………… semasa respirasi. Gas tersebut telah
menukar warna penunjuk bikarbonat dari ………………. ke ……………….…… .
6. Tabung didih yang manakah terdapat perubahan bacaan termometer?
………………………….
7. Terangkan perubahan bacaan termometer dalam tabung didih tersebut.
Cengkerik dan kacang hijau yang bercambah adalah benda hidup yang
membebaskan tenaga ……………… semasa respirasi dan boleh disukat
menggunakan termometer.
8. Tabung didih yang manakah terdapat perubahan warna kertas kobalt klorida kontang?
………………………….
9. Terangkan perubahan warna kertas kobalt klorida kontang dalam tabung didih tersebut.
Cengkerik dan kacang hijau yang bercambah adalah benda hidup yang
membebaskan ………………….. semasa respirasi. Kehadiran …………….
dikesan apabila kertas kobalt klorida kontang berubah warna dari ………………
ke …………………….. .
Kesimpulan:
1. Adakah hipotesis yang telah dibuat diterima atau ditolak?
………………………….
2. Benda hidup membebaskan ……..……………………. semasa respirasi.
Tuesday, April 10, 2012
Friday, March 23, 2012
Saturday, March 17, 2012
Friday, February 17, 2012
Thursday, January 26, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)



