2.8 KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan, pengkaji berharap perancangan pendidikan akan dikaji semula sama ada bersesuaian atau tidak kepada semua jenis golongan pelajar. Walaupun sekolah vokasional-teknik telah lama wujud tetapi bukan semua pelajar berpeluang memasuki sekolah tersebut. Maka pelajar-pelajar lemah yang kebanyakannya ada di sekolah harian biasa memerlukan satu corak pembelajaran yang berteraskan kemahiran di dalam pelbagai bidang. Matapelajaran Kemahiran Hidup tidaklah mencukupi untuk menampung keperluan pelajar lemah yang tidak berminat belajar. Jika disediakan kurikulum baru berteraskan kemahiran seperti yang terdapat di sekolah vokasional-teknik di sekolah harian biasa, maka pelajar lemah ini boleh mendapat peluang untuk meneruskan ilmu kemahiran mereka selepas tamat sekolah menengah.NeVer cARe 4 WhAt tHeY SaY... nEvER CaRe 4 gAMes TheY PLay... NevER CAre 4 WHaT THey dO... neVER caRE 4 whAT ThEY kNOw... CoZ i eNJoy MysELf ThIs WAy..
Saturday, May 3, 2008
2.7 kaedah analisis data
2.7 KAEDAH ANALISIS DATA
Semua data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan diproses dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan hasil dapatan berbentuk peratusan, min dan sisihan piawai.
2.6 prosedur pengumpulan data
2.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Berikut adalah prosedur-prosedur yang akan diambil bagi menjalankan kajian ini:
2.6.1 MEMILIH TAJUK KAJIAN DAN TEMPAT KAJIAN
Tajuk kajian dipilih dan tempat kajian dipilih kerana kajian ini dapat membantu memberikan perubahan besar kepada perancangan pendidikan masa depan di mana 3 buah daerah yang dipilih boleh menjadi generalisasi kepada semua sekolah di Malaysia. Apa yang diharapkan oleh pengkaji ialah agar kajian ini memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar di Malaysia.
2.6.2 MEMINTA KEBENARAN
Pengkaji akan meminta kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, seterusnya memohon kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri bagi daerah yang terlibat dan akhir sekali Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat.
2.6.3 PROSES PENGUMPULAN DATA
Proses pengumpulan data adalah dengan cara, semua 30 orang pelajar bagi setiap tingkatan 1, 2 dan 4 di setiap sekolah yang terlibat akan diberikan borang soal selidik. Borang ini akan dikutip apabila responden selesai menandakan jawapannya. Data-data yang dikumpulkan ini akan dianalisis menggunakan kaedah korelasi.
2.5 instrumen kajian
2.5 INSTRUMEN KAJIAN
Alat ujian yang akan digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik dan markah peperiksaan pertengahan tahun pelajar akan dikumpul dan dianalisis.
2.4 sampel kajian
2.4 SAMPEL KAJIAN
Pengkaji bercadang untuk memilih 30 orang sampel daripada setiap tingkatan 1, tingkatan 2 dan tingkatan 4 di 9 buah sekolah yang merangkumi bangsa melayu, cina dan india. Sampel dalam kajian ini akan dipilih secara rawak.
Taburan sampel mengikut tingkatan, bangsa dan jantina.
Bangsa | Jantina | Tingkatan 1 | Tingkatan 2 | Tingkatan 4 |
Melayu | L P | 5 5 | 5 5 | 5 5 |
Cina | L P | 5 5 | 5 5 | 5 5 |
India | L P | 5 5 | 5 5 | 5 5 |
Jumlah = 90
3 buah sekolah bandar = 3 x 90 = 270
3 buah sekolah luar bandar = 3 x 90 = 270
3 buah sekolah pedalaman = 3 x 90 = 270
Jumlah = 810 orang
2.3 pembolehubah kajian
2.3 PEMBOLEHUBAH KAJIAN
Berdasarkan kajian ini, dua pembolehubah telah digunakan iaitu pencapaian akademik dan minat. Dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin melihat adakah terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan minat pelajar terhadap pembelajaran dan keperluan perancangan pendidikan diubah untuk disesuaikan dengan pelajar-pelajar lemah ini.
2.2 rekabentuk kajian
2.2 REKABENTUK
Kajian ini meggunakan rekabentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada responden yang merupakan sampel kajian ini. Dalam konteks ini, seberapa ramai pelajar lemah tingkatan 1, 2 dan 4 di 4 buah sekolah bandar dan 4 buah sekolah luar bandar serta 4 buah sekolah pedalaman yang dipilih secara rawak.
2.1 pengenalan
2.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang kaedah kajian seperti rekabentuk kajian, pembolehubah kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, kaedah analisis data dan kesimpulan.
1.8 kesimpulan
1.8 KESIMPULAN
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat berguna kepada para pentadbir pendidikan akan kepentingan untuk mengubah perancangan pendidikan khas untuk pelajar-pelajar lemah yang tidak berminat untuk belajar.
1.7 limitasi kajian
1.7 LIMITASI KAJIAN
Kajian ini dibataskan kepada para pelajar di dalam 3 buah daerah di negeri Selangor. Responden yang akan dikaji terdiri daripada pelajar-pelajar lemah di 4 buah sekolah bandar dan 4 buah sekolah luar bandar serta 4 buah sekolah pedalaman. Kajian ini memilih responden pelajar lemah tingkatan 1, 2 dan 4. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat digenerealisasikan kepada seluruh pelajar lemah di sekolah-sekolah di dalam daerah yang sama
1.6 kepentingan kajian
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting kerana hasil daripada kajian ini diharapkan akan dapat memberi satu perubahan besar terhadap perancangan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Para perancang pendidikan sekolah menengah boleh membina kurikulum khas untuk pelajar lemah yang tidak berminat belajar dan menjadi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pelajar daripada segi akademik.
1.5 hipotesis kajian
1.5 HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis ialah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena. Saranan ini menerangkan hubungan antara pembolehubah yang menyebabkan fenomena. Hipotesis digunakan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian (Mohd Majid Konting, 2000).
Kajian di sini mempunyai beberapa hipotesis yang hendak dikaji.
Hipotesis Pertama :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran teras.
Hipotesis Kedua :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
Hipotesis Ketiga :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan perbezaan bangsa melayu, cina dan india.
HIpotesis Keempat :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan perbezaan bangsa melayu, cina dan india.
Hipotesis Kelima :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan perbezaan bangsa melayu, cina dan india.
1.4 persoalan kajian
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran teras.
2. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
3. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan perbezaan bangsa.
4. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan perbezaan bangsa.
5. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan perbezaan bangsa.
6. Apakah kemahiran yang diminati oleh pelajar lemah mengikut bangsa.
7. Adakah perlu kemahiran tambahan dalam kurikulum.
1.3 objektif kajian
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah perlu perubahan perancangan pendidikan masa kini terhadap pelajar-pelajar lemah di sekolah harian biasa.
1. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran teras.
2. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
3. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah dengan perbezaan bangsa utama iaitu melayu, cina dan india.
4. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan perbezaan bangsa utama iaitu melayu, cina dan india.
5. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan perbezaan bangsa utama iaitu melayu, cina dan india.
6. Untuk mengetahui kemahiran yang diminati oleh pelajar lemah mengikut bangsa.
7. Untuk mengetahui apakah perlu kemahiran tambahan di dalam kurikulum.