2.8 KESIMPULAN
Daripada kajian yang dijalankan, pengkaji berharap perancangan pendidikan akan dikaji semula sama ada bersesuaian atau tidak kepada semua jenis golongan pelajar. Walaupun sekolah vokasional-teknik telah lama wujud tetapi bukan semua pelajar berpeluang memasuki sekolah tersebut. Maka pelajar-pelajar lemah yang kebanyakannya ada di sekolah harian biasa memerlukan satu corak pembelajaran yang berteraskan kemahiran di dalam pelbagai bidang. Matapelajaran Kemahiran Hidup tidaklah mencukupi untuk menampung keperluan pelajar lemah yang tidak berminat belajar. Jika disediakan kurikulum baru berteraskan kemahiran seperti yang terdapat di sekolah vokasional-teknik di sekolah harian biasa, maka pelajar lemah ini boleh mendapat peluang untuk meneruskan ilmu kemahiran mereka selepas tamat sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment