KEPERLUAN PERUBAHAN PERANCANGAN PENDIDIKAN TERHADAP PEMBELAJARAN STANDARD BAGI PELAJAR LEMAH YANG TIDAK BERMINAT BELAJAR
ABSTRAK
Kajian akan dilaksanakan dalam bentuk kajian kes untuk mengkaji keperluan perubahan perancangan pendidikan terhadap pembelajaran standard bagi pelajar lemah yang tidak berminat belajar. 3 buah daerah di negeri Selangor akan dipilih bagi melaksanakan kajian ini. Responden yang akan dikaji terdiri daripada pelajar-pelajar lemah di 3 buah sekolah bandar dan 3 buah sekolah luar bandar serta 3 buah sekolah pedalaman. Pengkaji akan memilih responden pelajar lemah tingkatan 4. Guru-guru yang terlibat mengajar pelajar dari kelas akhir dan pelajar-pelajar dari kelas terakhir di sekolah-sekolah tersebut akan menjawab soal selidik. Borang soal selidik tinjauan ini akan terdiri dari soalan tertutup yang menggunakan skala Likert 5 poin dan beberapa soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dari jumlah ini dua orang guru dari setiap sekolah dari pelbagai matapelajaran akan dibuat pemerhatian pengajaran di dalam kelas untuk pemerhatian reaksi pelajar-pelajar ini ketika P&P. Data yang diperolehi hasil soal selidik dan pemerhatian akan dianalisis berasaskan elemen berkaitan dengan kurikulum, pengajaran, hubungkait pencapaian akademik dengan minat dan sikap pelajar. Cadangan dikemukakan agar suatu kajian lanjut mengenai perubahan dan pelaksanaan pembelajaran baru yang bersesuaian untuk pelajar golongan lemah yang tidak berminat belajar.
1: PENDAHULUAN
1.1: LATAR BELAKANG KAJIAN
Sistem pendidikan di Malaysia berorientasikan peperiksaan. Dalam jangka waktu yang tertentu, guru mesti menghabiskan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan sebelum menjelangnya peperiksaan. Segala perancangan pendidikan telah ditentukan oleh pihak sekolah dan dilaksanakan oleh guru-guru di mana menekankan prestasi pelajar dan prestasi sekolah. Bagi pelajar-pelajar yang ingin belajar dan mempunyai kesedaran untuk belajar dapat merealisasikan kehendak guru dan sekolah dalam mencapai keputusan yang diharapkan, tetapi bagaimana pula dengan pelajar-pelajar lemah yang tidak berminat dan hilang minat untuk belajar, sudah tentu mereka tidak dapat mencapai target sekaligus menghalang kecemerlangan nama sekolah untuk menjadi sekolah contoh dan terbaik. Adakah pelajar-pelajar yang tidak berminat belajar ini tidak diambil peduli oleh guru-guru dan pihak sekolah? Tidak benar sama sekali.
Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan. Masa dan pelbagai faktor lain menuntut perubahan dalam pendidikan. Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya, mahu atau tidak mahu. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari dan persaingan antara kelompok atau negara semakin meningkat.
Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi positif, implikasi negatif yang dijangka dan tidak dapat diramalkan. Apakah kurikulum yang ada kini bersesuaian dengan setiap golongan pelajar? Pengkaji ingin menghubungkaitkan pencapaian akademik pelajar dan minat terhadap matapelajaran dan meninjau pandangan guru terhadap kurikulum yang ada kini sama ada bersesuaian untuk pelajar lemah ini.
1.2: PERNYATAAN MASALAH
Di mana-mana sekolah harian biasa pasti ada pelajar-pelajar jenis ini iaitu pelajar yang kurang kesedaran terhadap diri sendiri betapa pentingnya mengejar ilmu. Bukan bermakna guru-guru tidak berusaha untuk membantu pelajar tetapi pelajar sendiri memang telah hilang minat terhadap pelajaran, maka sistem pendidikan itu sendiri perlu diubah untuk disesuaikan kepada semua jenis pelajar sama ada dari golongan pelajar bijak, sederhana, lemah dan yang tidak berminat belajar. Seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kerajaan tidak mahu pendekatan pendidikan negara menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan kerana ia akhirnya akan merugikan negara. Itu secara global, tetapi apabila berada di dalam bilik darjah iaitu tempat kejadian sebenar di mana berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri, bukan sahaja pelajar tidak berminat untuk belajar malah tumpuan untuk menghadapi peperiksaan juga tiada. Walau guru yang garang sekalipun ingin mengajar pelajar-pelajar ini, tetapi pelajar ini sebenarnya tidak belajar kerana mereka tidak ingin belajar. Jadi sistem pendidikan memerlukan perubahan. Tambahan pula apa yang dipelajari kebanyakannya tidak diguna pakai di dalam kehidupan seharian mahupun kehidupan semasa bekerja nanti.
Michael Fullan (1998) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada perubahan dasar pendidikan iaitu :
- Perubahan serta merta dan mendadak yang melibatkan bencana alam semula jadi seperti gempa bumi, banjir, kebuluran dan sebagainya.
- Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat mahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting.
Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan secara berterusan. Maka pelajar harus disesuaikan dengan pasaran kerja dan ekonomi. Kini sekolah tidak lagi dapat mengesan apa jenis kehidupan yang bakal dilalui oleh pelajar. Pekerjaan yang bakal menanti juga sukar diramalkan.
Pengkaji berpendapat bahawa pelajar-pelajar yang tidak berminat untuk belajar ini perlu dibimbing untuk sesuatu bidang lain yang lebih kepada kemahiran yang lebih bersifat kehidupan sebenar. Berbekalkan kemahiran yang ada kemudiannya pelajar-pelajar ini dapat menguruskan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik dan sempurna. Ilmu bukan setakat sains dan matematik tetapi lebih daripada itu. Sesuatu kemahiran juga merupakan ilmu dan lebih kepada praktikal. Apakah sistem pembelajaran sedia ada sesuai dengan pelbagai keperluan pelajar?
1.3: OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui apakah perlu perubahan perancangan pendidikan masa kini terhadap pelajar-pelajar lemah di sekolah harian biasa.
1. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran teras.
2. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
3. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
4. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
5. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
6. Untuk mengetahui hubungan pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
7. Untuk mengetahui adakah kemahiran tambahan perlu ditambah di dalam kurikulum.
8. Untuk mengetahui pandangan dan pendapat guru terhadap kurikulum sedia ada.
1.4: PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran teras?
2. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan minat terhadap matapelajaran teras?
3. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan minat terhadap matapelajaran teras?
4. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran elektif?
5. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan minat terhadap matapelajaran elektif?
6. Apakah hubungan antara pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan minat terhadap matapelajaran elektif?
7. Adakah perlu kemahiran tambahan dalam kurikulum?
8. Apakah pandangan dan pendapat guru terhadap kurikulum sedia ada dan pencapaian akademik pelajar lemah?
1.5: HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis ialah saranan sementara yang menjelaskan sesuatu fenomena. Saranan ini menerangkan hubungan antara pembolehubah yang menyebabkan fenomena. Hipotesis digunakan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian (Mohd Majid Konting, 2000).
Kajian di sini mempunyai beberapa hipotesis yang hendak dikaji.
Hipotesis Pertama :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran teras.
Hipotesis Kedua :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan minat terhadap matapelajaran teras.
Hipotesis Ketiga :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan minat terhadap matapelajaran teras.
HIpotesis Keempat :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
Hipotesis Kelima :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah lelaki dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
Hipotesis Keenam :Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar lemah perempuan dengan minat terhadap matapelajaran elektif.
1.6: KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini penting kerana hasil daripada kajian ini diharapkan akan dapat memberi satu perubahan besar terhadap perancangan pendidikan sekolah menengah di Malaysia. Para perancang pendidikan sekolah menengah boleh membina kurikulum khas untuk pelajar lemah yang tidak berminat belajar dan menjadi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh pelajar lemah daripada segi akademik.
1.7: LIMITASI KAJIAN
Kajian ini dibataskan kepada para pelajar di dalam 3 buah daerah di negeri Selangor. Responden yang akan dikaji terdiri daripada pelajar-pelajar lemah di 3 buah sekolah bandar dan 3 buah sekolah luar bandar serta 3 buah sekolah pedalaman. Kajian ini memilih responden pelajar lemah tingkatan 4. Pengkaji berharap agar kajian ini dapat digenerealisasikan kepada seluruh pelajar lemah di sekolah-sekolah di dalam daerah yang sama.
1.8: KESIMPULAN
Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat berguna kepada para pentadbir pendidikan akan kepentingan untuk mengubah perancangan pendidikan khas untuk pelajar-pelajar lemah yang tidak berminat untuk belajar.
2: METODOLOGI
2.1: PENGENALAN
Bab ini membincangkan tentang kaedah kajian seperti rekabentuk kajian, pembolehubah kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, kaedah analisis data dan kesimpulan.
2.2: REKABENTUK
Kajian ini akan menggunakan rekabentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada responden yang merupakan sampel kajian ini. Dalam konteks ini, pelajar lemah tingkatan 4 di 3 buah sekolah bandar dan 3 buah sekolah luar bandar serta 3 buah sekolah pedalaman yang dipilih secara rawak.
2.3: PEMBOLEHUBAH KAJIAN
Dua pembolehubah akan digunakan iaitu pencapaian akademik dan minat. Dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin melihat adakah terdapat hubungan antara pencapaian akademik dengan minat pelajar terhadap pembelajaran dan keperluan perancangan pendidikan diubah untuk disesuaikan dengan pelajar-pelajar lemah ini.
2.4: SAMPEL KAJIAN
Pengkaji bercadang untuk memilih 30 orang sampel tingkatan 4 bagi setiap sekolah yang dipilih. Sampel dalam kajian ini akan dipilih secara rawak.
Taburan sampel mengikut jantina.
Jantina | Tingkatan 4 |
L P | 15 15 |
Jumlah = 30
3 buah sekolah bandar = 3 x 30 = 90
3 buah sekolah luar bandar = 3 x 30 = 90
3 buah sekolah pedalaman = 3 x 30 = 90
Jumlah = 270 orang
2.5: INSTRUMEN KAJIAN
Alat ujian yang akan digunakan untuk mengumpul data ialah borang soal selidik dan markah peperiksaan pertengahan tahun pelajar akan dikumpul dan dianalisis.
2.6: PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Berikut adalah prosedur-prosedur yang akan diambil bagi menjalankan kajian ini:
2.6.1: MEMILIH TAJUK KAJIAN DAN TEMPAT KAJIAN
Tajuk kajian dipilih dan tempat kajian dipilih kerana kajian ini dapat membantu memberikan perubahan besar kepada perancangan pendidikan masa depan di mana 3 buah daerah yang dipilih boleh menjadi generalisasi kepada semua sekolah di Malaysia. Apa yang diharapkan oleh pengkaji ialah agar kajian ini memberi manfaat kepada semua pelajar-pelajar di Malaysia.
2.6.2: MEMINTA KEBENARAN
Pengkaji akan meminta kebenaran daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, seterusnya memohon kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri bagi daerah yang terlibat dan akhir sekali Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat.
2.6.3: PROSES PENGUMPULAN DATA
Proses pengumpulan data adalah dengan cara, semua 30 orang pelajar tingkatan 4 di setiap sekolah yang terlibat dan semua guru yang mengajar pelajar kelas lemah akan diberikan borang soal selidik. Borang ini akan dikutip apabila responden selesai menandakan jawapannya. Data-data yang dikumpulkan ini akan dianalisis menggunakan kaedah korelasi.
2.7: KAEDAH ANALISIS DATA
Semua data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan diproses dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk menerangkan hasil dapatan berbentuk peratusan, min dan sisihan piawai.
2.8: KESIMPULAN
Walaupun sekolah vokasional-teknik telah lama wujud tetapi bukan semua pelajar berpeluang memasuki sekolah tersebut. Maka pelajar-pelajar lemah yang kebanyakannya ada di sekolah harian biasa memerlukan satu corak pembelajaran yang berteraskan kemahiran di dalam pelbagai bidang. Matapelajaran Kemahiran Hidup tidaklah mencukupi untuk menampung keperluan pelajar lemah yang tidak berminat belajar. Jika disediakan kurikulum baru berteraskan kemahiran seperti yang terdapat di sekolah vokasional-teknik di sekolah harian biasa, maka pelajar lemah ini boleh mendapat peluang untuk meneruskan ilmu kemahiran mereka selepas tamat sekolah menengah.
BIBLIOGRAFI
- Michael. Fullan, The New Meaning of Change.
- M.Fullan and Andy Hargreavers ( 1998 ). What’s Worth Fighting For Out There.
- Mohd. Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
5 comments:
proposal anda rasanya memerlukan kerangka teori dan juga kerangka konsep.
Tanpa kerangka teori anda sukar untuk meletakkan tempat untuk berpijak terutama selepas dapatan diperolehi dan juga apabila menulis tesis nanti.
Apakah rekabentuk kajian ini ? Mengapa kajian kes dan tidak tinjauan ?
Apakah rekabentuk kajian ini. Mengapa kajian dan tidak tinjauan ?
Untuk Kajian kes Kecilkan dan fokuskan tajuk. Apakah rekabentuk kajian ini ? Mengapa kajian kes dan tidak tinjauan ? Mengapa tajuk menjadi kes/ isu (Baca tentang rekabentuk melaksanakan kajian kes-fahamkan rekabentuk)
Adakah anda memahami rekabentuk kajian kes. Mengapa kajian ini tidak dijalankan menggunakan rekabentuk tinjauan.
Post a Comment